Pages

17 May 2010

A Nightmare on Elm Street (Mimpi Ngeri di Jalan Elm)

Note : This post will be in Bahasa Malaysia

Baru-baru ini saya telah diberi peluang untuk menyaksikan tayangan prebiu 'A Nightmare on Elm Street' (dalam kata-kata terjemahan saya - Mimpi Ngeri di Jalan Elm) yang dianjurkan oleh Advertlets. Terima kasih Advertlets kerana memberi peluang kepada saya yang jarang dapat tengok wayang ini. Terima kasih juga kepada ShamHardy yang memastikan saya dapat pergi. Maklumlah dia adalah birthday boy pada hari itu. Secara kebetulan je beb.

Bagi saya, cerita ini seperti cerita hantu biasa sahaja. Ada beberapa adegan yang senang diramal. Tapi yang semestinya menonton cerita hantu ini mesti tengok di pawagam kerana sistem suaranya yang mengalahkan sistem suara di rumah saya.

 Jangan risau. Anda masih boleh tidur selepas menonton cerita ini. Biasanya saya akan rasa takut-takut untuk selak langsir di bilik tapi ini tidak pula saya rasa begitu. Kalau boleh, janganlah benarkan kanak-kanak tengok. Nanti takut menangis-nangis anda pula yang tidak dapat tidur yang cukup.

Sememangnya cerita yang membuat saya tinggalkan dunia kerja sementara. (Habis wayang, balik rumah terus buat kerja sampai pukul 2.30 pagi)

3 comments:

arcanawar said...

wow ! must be one heck of a movie that you decided to write in malay..lols..

best ke movie tu mel ? worth tgk tak ?

rainingheaven said...

irdz, ramai yang akan tulis dalam bi sebab tu i nak tulis dalam bm. saja je.

ok la cite tu. i tak pernah tgk versi yang sebelum2 ni, jadi i rasa ok la

陳育政 said...

我喜歡用心經營的blog~ ^^........................................

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...