Pages

28 August 2009

mengemaskini blog melalui SMS

*note to readers : there'll be no english translation until end of my "blog posting in your national language" campaign is over. which will be sept 15. or if i made it there.

setelah mengenali alam maya sejak umur 12 lagi dan mula menggunakan blog pada tahun tersebut juga, hari ini baru saya tahu sesuatu yang baru.

saya baru tahu bahawa anda tidak semestinya memerlukan telefon blackberry, iPhone atau telefon yang lebih kurang fungsinya kerana anda juga boleh membuat entri blog melalui SMS. ye, anda tidak silap baca. SMS.

telah pun saya cuba sebelum entri ini dan terbukti memang cepat sekali SMS yang saya hantar menjadi entri blog. kini saya bolehlah menulis entri walaupun tidak mempunyai sambungan internet ataupun pada masa TNB bercadang untuk memutuskan bekalan elektrik. (itupun kalau telefon bimbit saya tidak kehausan bateri)

ternyata, tiada sambungan internet tidak bermakna anda terputus dari dunia blog atau tidak mengemaskinikan blog itu. - macam cakap pasal diri sendiri sebab ada satu tempoh itu saya tidak blog sebab tidak ada inspirasi. :)

jadi, tunggu apa lagi? aktifkan aplikasi yang telah ada ini untuk kegunaan anda!

1 comment:

MK said...

Bagaimanakah anda melakukannya? Saya ingin mengetahuinya juga :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...