Pages

14 January 2008

something different

it's my 'something different' day today. i proudly announce it to you unofficially as it is a spur of the moment thing. just wanted to try my hands on writing in bahasa malaysia. so here goes!

saya rasa entri ini akan ditulis dalam bahasa malaysia. saya tidak begitu fasih menulis dalam bahasa malaysia setelah hampir 5 tahun tidak berbuat demikian. kalau bertutur dalam bahasa malaysia pun kekadang bercampur dengan bahasa inggeris.

walaubagaimanapun, 2-3 bulan lepas, saya ditugaskan untuk membaca suratkhabar bahasa malaysia yang ada - harian metro, kosmo! dan sinar harian. boleh dikatakan akhbar-akhbar ini dikategorikan sebagai akhbar tabloid. jadi kalau ditanya apa-apa gosip, saya mesti tahu. haha.

hari isnin adalah hari yang boleh dikatakan sibuk kerana saya perlu menghabiskan surat khabar dari hari sabtu hingga hari isnin sebelum pukul 11am. banyak kejadian yang telah berlaku setelah saya menghabiskan hujung minggu saya di kawasan gunung nuang tanpa akses media.

fotofit yang dilepaskan oleh pihak polis telah mendapat perhatian ramai dan suspek yang dikatakan menyerupai fotofit tersebut telah ditahan.

pada hari ini untuk seksyen dunia pula, terpampang berita tentang britney spears, penyanyi terkenal yang penuh kontroversi itu disiarkan dengan menyatakan keinginanannya untuk menganut agama Islam setelah bercinta dengan kekasihnya yang merupakan seorang paparazi.

ah, tidak dilupakan juga persembahan faizal tahir yang juga dikenali sebagai 'superman malaysia' sempena ulang tahun ke-4 saluran 8tv di central park avenue, bandar utama semalam. beliau telah menanggalkan pakaiannya satu-persatu -jaket, singlet dan tali pinggang dan melemparkannya kepada penonton di persembahan tersebut.

ada juga berita tentang ibu duit. gambar not rm1 yang didakwa adalah ibu duit kerana memiliki tulisan Arab apabila disuluh. pengamal ilmu tersebut dipercayai menawarkan rm5,000 kepada seseorang sebagai pertukaran untuk not rm1 itu.

akhbar tabloid memanglah akhbar tabloid. sehingga kini apa yang berlaku di negara ini pun tidak banyak yang saya tahu kecuali jika saya membaca akhbar lain. sekurang-kurangnya pembunuhan ahli ADUN tenggaroh, datuk s.krishnasamy ada disiarkan dalam akhbar tabloid ini tetapi bukan di beberapa helaian awal sebaliknya di muka surat 10. nampaknya pembunuhan tersebut tidaklah sepenting berita hotel yang disewa untuk jual dadah ataupun penerangan artis tempatan yang menyatakan bahawa penyebaran gambar bogel menyerupainya melalui telefon bimbit dan laman adalah teknik pertindihan imej.

walaupun begitu, saya tetap berpuas hati bila membaca akhbar tabloid. sekurang-kurangnya artikel yang saya telah baca ini boleh digunakan sebagai bahan bualan dengan rakan kerana saya sememangnya tidak mahir dengan artikel-artikel yang berunsur politik dan perniagaan. banyak lagi yang perlu saya belajar!


"jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri"

3 comments:

tumpanglalu said...

seorang wartawan tabloid sedang berehat sambil menikmati segelas teh ais di sebuah restoran di ibu kota. tetiba dia terdengar perbualan menarik di meja berhampiran mengenai penemuan berpuluh tenggiling terdampar di tengah jalan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. lantas si wartawan terus mengambil bahagian turut bersembang dengan ahli meja tersebut. selepas bertukar maklumat ringkas, si wartawan terus menuju ke lokasi tenggiling ditemui. ya memang terdapat tergiling. yang dah mati bergelimpangan. maka esoknya terbit muka depan tabloid TENGGILING MENYERANG MANUSIA. ini adalah kebiasaan untuk menarik minat pembaca. padahal yang sebenarnya terjadi adalah tenggiling tersebut tercampak dari lori pemburu haram yang lari dari sekatan polis. hmm inilah tabloid. bkn sumanya info xbetul tp.. paham-paham saja la..

rainingheaven said...

haha.. tumpanglalu! that is tabloid. that's how it goes! well.. most of it.

doraemon1972 said...

(Bahasa baku jugak) Saya amat suka dengan kemasukan kali ini kerana ada yang berbaur sinis hahahahaha.... (ketawa pun baku jugak....)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...