Pages

16 January 2008

berita hari ni bersama rainingheaven ep #2

masih ingat berita tentang persembahan faizal tahir di central park avenue, one utama pada ahad lepas?

berita hari ini di muka tabloid - sidang media diadakan semalam bagi membolehkan faizal memohon maaf atas tindakannya menanggalkan baju ketika persembahan secara langsung itu. di harian metro, tajuknya ialah "aksi dirancang : tetapi nafi ambil dadah atau alkohol sebelum persembahan". di kosmo! pula, "faizal didenda buat kerja amal" (selama enam bulan lamanya bagi menutup kesalahannya itu), sinar harian pula, "saya salah perkiraan, tak fikir panjang - faizal tahir". ps: kalau anda peminatnya, berilah sokongan kepadanya. dia boleh didapati di mukabuku aka Facebook. search aje. ape susahnye?

kalau tidak lama dulu, kecuaian pihak hospital yang menyebabkan seorang bayi kehilangan tangannya. hari ni, kecuaian pihak hospital sekali lagi menyebabkan seorang bayi kehilangan kakinya. nampaknya, pihak hospital banyak melakukan kecuaian yang tidak dapat diduga oleh pesakit - meninggalkan alat bedah dalam badan pesakit, salah bedah dan sebagainya. saya faham doktor juga manusia dan bukan semua manusia adalah sempurna. akan tetapi, kecuaian seperti ini memang tidak dapat dimaafkan. pesakit bergantung segalanya kepada doktor akan tetapi, tindakan doktor seperti ini lebih memudaratkan kesihatan pesakit. apa gunanya doktor sekiranya pesakit tidak dapat sembuh malah menjadi lebih sakit dan sengsara pada masa depan? adakah praktikal untuk doktor sekarang ini tidak mencukupi? nak kata tidak, bukan juga. nak kata ya, tidak juga. jadi kesimpulannya?

kota raya, satu tempat yang telah lama saya tidak singgah. bukan kata tidak mahu pergi tetapi masa memang tidak mengizinkan. tanda soal di minda semua orang, "adakah kota raya sedang menjadi blok M sekarang?" apa itu blok M? stesen bas di sekitar pusat membeli-belah utama jakarta lah yang dikenali sebagai blok M. orang ramai bimbang sekiranya warga indonesia ini lama-kelamaan akan mendominasi negara kita. pemandu dan konduktor bas dan juga gerai-gerai yang dibuka di sekitar kota raya kebanyakkannya warga indonesia. lesen atau tidak berlesan hanya mereka sahaja yang tahu. mereka telah pun menguasai sektor binaan dan kini sektor perkhidmatan awam. bagaimana saya hendak cari makan bila saya habis pengajian nanti?

mengidam pula saya ini. mengidam hendak makan. mengidam hendak makan benda yang masam. hmmm.. internet di sini "sakit tenat" membuatkan saya tension!

"Hidup ini harus ada suatu kejujuran, Tanpa kejujuran hidup terasa hampa"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...