Pages

21 January 2008

berita hari ini bersama rainingheaven ep. #3

update untuk hari ini!

8tv dan faizal tahir dihukum 3 bulan tiada siaran langsung konsert bermula 15 januari. faizal juga tidak akan muncul di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-22 pada 27 januari nanti. nampaknya tidak dapat lah kita semua mengikuti rancangan one in a million (OIAM) dan american idol. tapi dengar kata pengarah jabatan komunikasi korporat suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia (SKMM) muhamad tahir muhamad noor, OIAM mungkin masih boleh disiarkan.

laporan dari kosmo!, pil 'cuci benih' hanya rm50 sahaja. apa yang sedang berlaku dengan dunia ini? makan pil untuk gugur kandungan untuk 3 hari sebelum kesan dapat dilihat. di mana boleh didapati? klinik la! mana lagi. salah guna kuasa oleh doktor sakit puan. adui...

kl sentral yang dilaporkan kotor telah kembali bersih! lega semua orang. jadi, jangan pula anda semua membuang sampah merata-rata. setahu saya, tong sampah ada. jangan jadi rakyat malaysia yang tidak bertanggungjawab.

berita dunia! britney spears! kekasihnya adnan ghaib yang juga seorang paparazi mahu berkahwin dengan britney. malangnya mungkin sukar untuk beliau berbuat demikian kerana isterinya, azlynn berry mendakwa bahawa mereka masih mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. kata azlynn, " langkah mayat saya dahulu sekiranya dia (adnan) mahu berkahwin kerana kami masih merupakan pasangan suami isteri yang sah". azlynn juga menjelaskan yang britney sepatutnya berhati-hati dengan adnan kerana dia mempunya reputasi sebagai pemikat wanita dan loghat inggerisnya membuatkan ramai wanita di amerika syarikat tergoda. entah lah. saya belum dengar lagi suaranya. tidak boleh mengesahkan pernyataan tersebut.

lindsay lohan akan menghadiri kelas di sebuah rumah mayat pada jun ini. beliau juga akan bekerja di bilik kecemasan hospital. program ini arahan mahkamah untuk menunjukkan kesan akibat memandu dalam keadaan mabuk. jadi kepada anda semua, don't drink and drive!

yang best sekali untuk warga malaysia yang menetap di wilayah persekutuan kuala lumpur dan juga putrajaya. thaipusam adalah cuti umum untuk anda semua! *bersorak kegembiraan* jadi, rabu tidak perlu bangun awal untuk ke sekolah atau bekerja. rehatlah sepuas-puasnya yang boleh. mana tahu, mungkin, cuti ini hanya untuk tahun ini. kalau tidak pun, singgahlah ke batu caves untuk melihat dengan mata sendiri bagaimana perayaan itu disambut. kalau hendak pergi lihat itu, kenalah bangun awal.. buatlah pilihan yang bijak!

sebenarnya, banyak lagi berita menarik yang saya baca dalam surat khabar hari sabtu hingga hari isnin untuk 3 surat khabar tabloid yang berbeza. mungkin ini sahaja untuk hari ini. sudah pukul 5.40pm. saya tahu saya patut bentang awal tadi, tapi awal tadi sangat sibuk. maklumlah ini minggu terakhir saya di sini. jadi ini sahaja untuk hari ini.

ps: oh ya! lupa pula dengan keluaran kereta proton saga blm. ok la kereta itu. saya sudah pergi tengok di showroom. dalam rm38k sahaja. pergilah tengok kalau berminat.

2 comments:

ShutterSpeaks said...

yg 38k tuh m-line metallic kan? kalau e-line murah ajew...

orang selama kat mana nih? sekolah mana dulu?

rainingheaven said...

a'ah.. metallic la. e-line punya.. i think rm35k.. i tak sekolah situ. kampung je kat situ.

u tau kedai hardware man woh kat jalan besar tu.. sebelah kedai emas seong mee? itu la atoknye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...