Pages

17 January 2008

6 tips elak mengantuk di pejabat

tips diambil dari majalah harmoni keluaran 1-15 januari. ya, selain membaca suratkhabar bahasa malaysia, saya juga membaca majalah bahasa malaysia. sekarang ini, meja saya penuh dengan majalah. atas monitor pula, suratkhabar dari sabah dan sarawak.

ok, tanpa melengahkan masa lagi.

tip #1 : hampiri kawasan bercahaya.
kawasan bercahaya di sini bermaksud cahaya semulajadi. jadi pergilah ke tepi tingkap anda dan serap la seberapa banyak cahaya yang boleh. saya tidak boleh berbuat demikian kerana meja rakan saya berada di situ. satu-satunya tingkap dalam pejabat ini. tidak boleh juga menyerap cahaya dari pintu depan kerana pintu depan saya berhadapan dengan pintu depan ofis lain dan bersebelahan dengan lif dan tangga kecemasan. jadi, tip #1, gagal untuk saya.

tip #2 : basuh muka
ini sememangnya kita biasa lakukan. tapi kalau sudah siap bersolek, tidak boleh pula. walaupun saya tidak bersolek, ya, saya hanya bersolek bila saya perlu keluar untuk meeting atau event sahaja. malangnya, tip basuh muka ini tidak tahan lama untuk saya. saya lebih banyak pergi ke tandas sebab kes minum terlalu banyak air/teh cina.

tip #3 : wangian aromaterapi
ada wangian aromaterapi yang boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. letaklah berhampiran dengan meja kerja anda sebab bau yang segar itu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk. cadangan majalah: mint dan lemon. tapi, meja saya ini selalunya penuh dengan majalah, suratkhabar, report, fail dan sebagaimananya (maklumlah saya ini intern sahaja. mana ada almari untuk letak semuanya).

tip #4 : dengar muzik
sekurang-kurangnya tip ini dapat juga elakkan saya dari mengantuk sedikit. dah sumbat telinga dengan earphone kena lagi peka kerana kalau rakan menyahut nama saya dan saya tidak menjawab ataupun tidak menjawab telefon saya yang berdering itu, mesti rakan tidak suka betul tidak? mana tahu, mungkin bos yang menelefon. lagi teruk. jadi tip ini boleh pakai!

tip #5 : senaman ringan
gerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan untuk hilangkan rasa mengantuk kamu itu. dalam pejabat saya yang kecil ini, jalan pun tidak jauh, maklumlah kecil tak sampai 100 meter pun. jadi biasanya buat stretching sahaja, kalau tidak, senaman berjalan ke tandas. pecah rekod sendiri pergi tandas paling banyak.

tip #6 : pandang sepohon hijau
kalau pejabat anda ada taman indah (bertuahnya dapat pejabat besar itu. boleh main sorok-sorok), bagus la. boleh pergi hirup udara segar. bagi ofis saya yang hanya bertingkap satu atau dua dan satu pintu, satu-satunya pohon hijau yang saya jumpa adalah di sebelah tempat basuh tangan di luar tandas. pohonnya kecil. daunnya seperti rumput. tidak cukup untuk saya hirup udara segar. sekali hirup, hirup sekali udara air-con ni...

aih... nampaknya tidak kena juga tips ini untuk saya.

2 comments:

Anonymous said...

erm..
ok jgk tips u tu..
tp i ni mslhnye slalu menguap..
tp bile blk umh i segar..
cmne tu..

Azrie Ghazali said...

situasi i same mcm komen di atas tu..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...